Tuesday, July 20, 2010

sepetang di ibu negara..

ye gua bergerak ke ibu negara uganda harinie..untuk menyetelkan beberapa masalah dan tuntutan insuran yang masih tak berape nak setel..sebelum gua bertolak ke pejabat syarikat berkenaan,gua singgah makan tengahari bersama pengerusi ARAB di sekitar pusat bandar damansara beberapa ratus kilometer ke daerah timur negara berkenaan...

sewaktu melepak-lepak dan makan di sebuah restoran makanan segera di daerah berkenaan,gua pon mengusya-usya keadaan sekitar tempat berkenaan..memang bersepah awek-awek,gadis-gadis di tempat berkenaan..menurut teman selepak gua,itu adalah gadis dari sebuah institusi pengajian tinggi di tempat berkenaan ataupon senang cerita awek-awek jururawat..
memang menarik,tertarik dan kau memang da bomb la diorang nie..gua memang suke beb usya-usya jururawat nie berbanding juruukur bahan dan jurujual ubat-ubatan yang berpakaian ala-ala rambo atau tok dukun yang mane selalunya dikerumuni pihak-pihak yang berkemaluan kecil dan yakin mereka-mereka ini mempunyai ubat untuk membesarkan kemaluan kamu-kamu semua yang bebal tu barangkali..huh..merepek jauh dah gua nie... sambung balik cerita,selepas melepak bersama pengerusi ARAB,gua pon meminta diri dahulu kerana banyak lagi perkara yang belum diselesaikan..

maka berangkatlah gua menggunakan jentera rasmi gua iaitu encik keldai udara yang disaluti dengan penghias badan ala-ala kereta buatan tempatan menuju ke destinasi asal gua..
sesampai ditempat berkenaan dan selepas memakirkan beliau di susur jalan,gua pon menuju ke pejabat pihak berkenaan:

gua:cik,tumpang tanye dekat mane saye nak hantar surat nie.
cik(penyambut tetamu):abang kene hantar dekat tingkat atas nie,boley tingalkan lesen untuk pas pelawat.
gua:er,awak tak boley hantarkan ke??
cik:takpe abang naik jer lif ke tingkat atas..

gua:oke!!tinggal kad pengenalan boley??(sebab tak nampak lesen maklumlah duit tebal sangat)haha
cik:er,boley-boley,abang nie stedilah..hehe

gua:haa,bese-bese jer kot..heh(lu nie bahan gua ape)


selepas naik ke atas dan berbincang beberape perkara,gua pon meminta diri dulu sebab masih ader bebarape bende nak di buat dan tak lupe gua ambik kad pengenalan gua dan terus gerak sebab malas nak melayan awek yang gua sangka dia bahan gua..


dah setel semua,gua pon menuju pulak ke pejabat rakan gua di daerah lain negara berkenaan,dengan meredah kesibukan lalu lintas..gua pon sampai ke destinasi untuk melepak..sesampai di destinasi melepak,gua singgah kekedai seberang jalan untuk mendapat sekotak ubat nyamuk untuk paru-paru gua(paru-paru kene jage beb)..gua ditegur oler brader kedai berkenaan "stedi lu brade",gua usya belakang sebab ingat beliau menegur kawan beliau..sekali dia tegur gua rupenye..haishh 2kali nie..


selesai membayar sekotak ubat nyamuk gua pon cargas gerak ke temapat lepak..sewaktu melepak macam biasalah banyak cerita dan pandangan yang gua utarakan dari cerita-cerita kerja,cerita awek,cerita lucah semualah dan sampai ke cita-cita..

sedang gua galak bersembang,gua terperasan satu meja yang diduki oleh 3orang manusia..
memang betol macam ape yang gua baca dari blog ini,meja berkenaan diduki oleh 3orang,dimana seorang memegang watak lelaki bermisai tebal,memakai baju berjenama POLO(tiruan barangkali),berjam tangan rolex(mungkin petalin street),manakala dua orang lagi adalah wanita yang seorang duduk sebelah pakcik berkenaan sambil merokok dan seorang lagi duduk berhadapan dengan mereka mungkin rakan kepada wanita berkenaan(mungkin takot kalo-kalo pakcik tua berkenaan merogol rakan beliau barangkali)

gua perhatikan pasangan berkenaan memang tak boley nak pegi gua,maklumlah dahlah tua lepas tu sibuk pulak nak bermesra-mesra dan meraba wanita berkenaan..haishh..berok bukan situasi berkenaan..gua memang tak boley nak pegi beb bende-bende camnie...

setelah lepak dan melihat situasi menjengkelkan macam tu,secara tiba-tiba salji turun dengan lebat dan halilintar sabung menyabung mungkin sebab 3 ekor musibat tu..gua pon ape lagi..kemas barang bayar dan gerak suda..balik rumah..huh!!


nota-noktah:baru gua tau apesal dua kali gua ditegur,sebab gua memang stedi kot dan memakai supra walaupon hakikatnya,gua nie tidak hensem dan bergaya apetah lagi kaya..tapi supra mampu menjadikan gua stedi..i loike!!hahahhahaha

1 comment:

hafiz-Taichou said...

stedy ar bro.. (dengan niat membahan lu) hahaha